Sunday, 29 July 2012

Pakej Produk Anak Bijak

1. Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu


Baru berumur 3 tahun sudah boleh membaca dengan Set Bacalah Anakku!

Sudah terbukti ibubapa yg guna betul2 set membaca ni pada anak usia 3 tahun, anak dalam tempoh 3 bulan je dah dapat skill membaca yg sebenar. Lepas habis 8 buku ni, anak-anak boleh baca apa sahaja buku, yg penting ibubapa kena tengok dulu VCD panduan mengajar dan juga baca buku panduan mengajar yg ada dalam set buku ini.

Set membaca bahasa melayu yang terdiri daripada : Set Bacalah Anakku dan VCD Abu Ada Ayam

Tips: 
Dah beli set buku ni, luangkan masa 10minit ke setengah jam setiap hari/2 hari sekali untuk bersama-sama anak..baru lah set membaca ini sangat berguna dan sangat berkesan...saya guna buku 1 dalam set membaca ni betul2 ikut teknik yg betul..amazing! anak saya dah boleh baca perkataan menggunakan teknik fonetik ni. Dengan teknik fonetik, anak2 akan belajar gabung2 bunyi sahaja..dan dalam bacalah anakku hanya ada 28 bunyi sahaja dan mereka akan belajar gabung 28 bunyi ni sahaja...berbanding kaedah2 lain seperi kaedah mengeja zaman2 kita dulu, ada beratus-ratus pola dan sukukata yg anak2 kena hafal dan gabungkan. Ini menyusahkan anak2 dan melambatkan anak2..

Pelaburan yang baik untuk pembelajaran masa depan anak2. Tak rugi, insyaallah..berbaloi.

HARGA TERMASUK POSTAGE : RM72 (Semenanjung) DAN RM79 (Sabah/Sarawak)

Berminat nak order? Isi 
Order Form di sini.




2. Pakej Anak Pandai Mengaji ( Pakej Bestari Al-Furqan )



Pakej Bestari ini mengandungi 8 produk, iaitu :

1.Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
Set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak. Pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1.
  
2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi. Manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak. 

3. Kad Imbas Al-Furqan
Kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan. Huruf yg besar pada kad imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan. 

4. Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak. 

5. Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
Setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar. 

6. Tajwid Al-Furqan
Sambil-sambil ajar anak muqaddam, anak-anak anda juga boleh belajar tajwid menggunakan buku ini. 

7. Poster Makhraj Huruf
Membantu anak anak menyebut huruf mengikut makhraj yang betul.poster yg sangat berguna untuk anda dan juga anak-anak anda. 

8. Panduan Amali Solat
Bila anak dah pandai mengaji, mesti ajar anak solat.Buku amali ini adalah panduan yg berguna untuk ajar anak-anak anda solat.

Insyaallah, anak-anak kita cepat pandai mengaji dan istiqomah mengerjakan solat.

Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.

Keistimewaan Produk
Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Kemahiran diperkenal secara bertahap
Illustrasi dan kad imbasan menarik

Apa kata pengguna Set Buku Al-Furqan?
"Saya dah pun terima set al-Furqan dan dah mula ajar anak saya mengaji (umo 2 tahun). Alhamdulillah dia memang minat sangat sampaikan asik dok usung buku 1 dan kupiah dia ke sana ke mari dan mintak saya atau ayahnya ajarkan dia mengaji, alhamdulillah... Cuma yang kelakar tu, masa mula-mula ajar tu, saya ikut sebutan dalam buku tu (huruf ba) tapi dia p bantai baca Yaasin pulak sebab selama ni dia dok dengar saya mengaji macam tu. Tapi adik dia yang umo 11 bulan pulak yang pandai ikut. ~Puan Afrohah - Cheras, Selangor~

"asalamualaikum..alhamdulilah...jas dah terima set furqan tu...balik je dari keje...terus tunjuk kat anak dara jas (5thn)...jas ajar muka surat 1-4 je..pas tu jas kata ok...simpan dulu esok lak... dia kata x mau...kakak nak baca lagi.jas kata kakak baca ler dulu...mama nak rebus botol susu jap.....dari dapur jas dok dengar dia baca......lancarnya.... pas tu jas pi le jenguk...dan suruh dia ulang balik...... dia baca dari muka surat 1-20.....dengan lancar sekali...x payah jas tegur bacaan dia tu....allah je yg tahu...hati jas masa tu......dan anak jas tgur...nape mama mcm org nak nanggis je.. jas happy sgt2 dengan kemampuan anak jas tu..ALHAMDULILAH.." ~Puan Jasliza - Sg. Petani, Kedah~

"Saje nak bagi tau.. anak saya sejak guna set Al-Furqan tu dia dah boleh baca dalam tulisan jawi.. Minggu lepas cikgu sekolah dia bagi tau saya .. terkejut le jugak..sebab kat rumah takde pun buku jawi.. rupanye dia belajar dari buku Al-Furqan.. baca Muqaddam pun dah pandai.. walau pun sebenarnya dia tak sampai lagi ke tahap baca Muqaddam.. Alhamdulillahhh.." ~Puan Zarina - Kajang, Selangor~

Testimoni terbaru, tahniah kepada Puan Nordila Bt Ahmad. Iman Naufal Hakeem B. Herman yang berusia 2 tahun 2 bulan boleh mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan mudah menggunakan kad imbas Al-Furqan. Jom tengok video adik Iman Naufal Hakeem B. Herman di sini
 http://youtu.be/qiG46tZgl_8

PAKEJ INI SANGAT BERMANFAAT TERUTAMA BAGI ANAK-ANAK, DARI TAK TAHU MENGAJI SAMPAI PANDAI MENGAJI BACA MUQADDAM, BELAJAR TAJWID DAN BELAJAR SOLAT.

HARGA TERMASUK POSTAGE : RM98 (Semenanjung) DAN RM108 (Sabah/Sarawak)

Berminat nak order? Isi Order Form di sini.
 

3. Pakej Lengkap Mengajar Anak Al-Quran ( Mengenal Huruf Hijai'yah )


Pakej ini terdiri daripada 1 unit VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 dan juga satu set Flashcard yang mengandungi 28 huruf hijaiyah iaitu huruf alif, ba, ta sampai ya.

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini mengajar anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah. 

Dalam VCD ini anak-anak akan belajar cara membaca dan menulis huruf hijaiyah, penghafalan huruf hijaiyah diselangi dengan menggunakan kaedah bernasyid agar kanak-kanak tidak mudah bosan dan gembira belajar mengenal huruf hijaiyah.

Pasang setiap hari, insya'allah anak anda akan mengenal huruf alif ba ta sehingga ya dengan baik sekali. Boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 6 bulan lagi.

Antara sebahagian kandungan VCD lihat di sini 
http://youtu.be/05YbLitMqbQ

Selepas anda mula belajar mengecam huruf menerusi VCD, anda boleh bermain flashcard alif ba ta ini dengan anak-anak anda. Flashcard ini terdiri daripada huruf alif ba ta sehingga ya yang berbaris atas. Hanya flashkan sekali sehari sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

Pastikan anak anda gembira semasa bermain  dengan Flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam Flashcard secara kuat, jelas dan berulang-ulang. 

Untuk lebih berkesan, flashcard kan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja.

*Berat : 193 gram

HARGA TERMASUK POSTAGE : RM40 seluruh Malaysia

Berminat nak order? Isi Order Form di sini.

 4. Pakej Lengkap Mengajar Anak Al-Quran dan Jawi.


Pakej ini terdiri daripada :
1 unit VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1
1 set Kad Imbas Jawi 
Contoh Kad Imbasan Jawi :
Contoh Depan Kad
Contoh Belakang Kad
Bagaimana menggunakan produk ini dapat membantu anak anda mengenal alif ba ta dan seterusnya memudahkan anak anda belajar Al-Quran?

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini mengajar anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah dari huruf alif sampai huruf ya

Dalam VCD ini anak-anak akan belajar cara membaca dan menulis huruf hijaiyah, penghafalan huruf hijaiyah diselangi 
dengan menggunakan kaedah bernasyid agar kanak-kanak tidak mudah bosan dan gembira belajar mengenal huruf hijaiyah.

Pasang setiap hari , insyaallah anak anda akan mengenal huruf alif ba ta sehingga ya dengan baik sekali

VCD ini boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 3 bulan lagi.

Berat : 491gram

HARGA TERMASUK POSTAGE : RM41 sahaja. 

Berminat nak order? Isi Order Form di sini.
  
5. Pakej Lengkap Mengajar Anak Al-Quran, Jawi & Doa.


Pakej ini terdiri daripada :
1 unit VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 
1 set Kad Imbas Jawi 
1 set Kad Imbas Doa-Doa Harian
Bagaimana produk ini dapat membantu anak anda mengenal alif ba ta dan seterusnya memudahkan anak anda belajar Al-Quran?

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini mengajar anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah dari huruf alif sampai huruf ya.

Dalam VCD ini anak-anak akan belajar cara membaca dan menulis huruf hijaiyah, penghafalan huruf hijaiyah diselangi dengan menggunakan kaedah bernasyid agar kanak-kanak tidak mudah bosan dan gembira belajar mengenal huruf hijaiyah.

Pasang setiap hari, insyaallah anak anda akan mengenal huruf alif ba ta sehingga ya dengan baik sekali.

VCD ini boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 3 bulan lagi.

Berat : 817gram

HARGA TIDAK TERMASUK POSTAGE : RM42 sahaja. 

*Kira kadar postage di sini. Jika postage tidak jelas atau tiada dinyatakan, sila komen di bawah.

Berminat nak order? Isi Order Form di sini.

No comments: