Monday, 21 April 2014

Pakej Buku Bijak Alifbata, Mini Whiteboard Jawi, Kad Imbas Bijak Alifbata & Set al-Furqan



Sebagai ibu bapa pastinya kita mahu melihat anak anak dapat membaca al-Quran dengan baik dan lancar. Bermula dari awal usia mereka kita mampu untuk memberi didikan awal dengan memilih bahan bacaan dan penulisan yang terbaik.

Dapatkan sekarang Pakej Anak Bijak Mengaji yang terdiri daripada 4 produk terbaik iaitu
-Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta,
-Buku Bijak Alif Ba Ta,
-Whiteboard Alif Ba Ta dan
-Set Buku Furqan

boleh dijadikan sumber untuk mendidik anak anak untuk mengenal al-Quran dengan lebih dekat.

==================================
PANDUAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN
OLEH USTAZAH AISHAH
==================================

Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.

Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:

PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.
KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

- Soalan 1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?
Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:

1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.

2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.

3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.

4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).

5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.

6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.

7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti مَ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti خَ – ضَ – ظَ .

8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.

9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.

10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.

11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya.

Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda.

--------------------------------------------------------------------------

Pakej terbaik ini mengandungi 4 produk berkualiti:

Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta adalah alat bantu mengajar yang sanagt sesuai digunakan untuk anak mengenal Huruf Alif Ba Ta

Buku Bijak Alif Ba Ta dapat membuatkan anak anak seronok belajar mengenal huruf alif ba ta, mengenal baris, mengenal huruf bertanwin dan huruf bersambung dan Papan tulis huruf jawi untuk anak anak belajar menulis huruf alif ba ta.

Papan tulis alif ba ta ini boleh tulis.padam.tulis .padam berulangkali. Anak anak pasti teruja!

Set Buku Al-Furqan pula untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran dari awal sehingga lancar

No comments: